BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 16 September 2011

Seminggu sebelum final exam...

25 OGOS 2011

Jam sudah menunjukkan pukul 3.05 pg. Aku merasakan diri ini sudah mengantuk sejak dari solat tarawikh lagi.Oh ya!sekarang ni bulan Ramadhan. Berbalik kepada soal mengantuk. Mataku masih belum mahu tertutup. Entah mengapa hatiku terdetik untuk menulis malam ini setelah terbaca nukilan 12 Mac.


Besok ada workshop pre-calculus, jam 9.00pg. Esok nak bangun sahur lagi.Eh...bukan esok, kejap lagi. Oh ya...sudah hampir 4 bulan aku berada di bumi UTP atau nama panjangnya Universiti Teknologi Petronas. Hampir 4 bulan bermakna final exam pun hampir la...teramat hampir. Lagi 2 semester aku akan melangkah ke peringkat ijazah. Sebenarnya aku risau tentang akademik. Sebabnya...biasiswa. Yuran di sini teramatlah tinggi nilainya...tak perlu dikhabarkan di sini berapa nilainya..cukuplah dengan teramatlah mahal.


Oh ya...berbalik kepada final exam...tarikhnya jatuh pada tanggal 5 September 2011, tapi subjekku bermula 7/9 nanti. Hari raya tahun ni teramatlah singkat. Suasana hari raya semakin tidak dirasai dari tahun ke tahun. 26 Ogos iaitu esok, aku akan bertolak pulang ke rumah untuk hari raya atau study week...


Rasanya cukuplah di sini...esok ada kelas...gi dulu..

0 comments: